Soalan 4(b) Print
Soalan 4(b)  

Sekadar renungan bersama...

Apakah sebenar-benarnya yang kita mahukan dengan menjadi GURU. Kedudukan kewangan yang stabil? Ingin dihormati? Last choice ataupun memang benar-benar berminat... Terpulang kepada individu itu sendiri. Apa-apapun apabila kita sudah mula bertapak dalam profesion perguruan ini, apa-apa sebab yang yang mendorong kita menjadi GURU sebelum ini tidak penting lagi kerana tugas yang bakal atau sedang kita pikul ini terlalu besar. Kejayaan sesuatu bangsa dan negara itu bermula daripada anak-anak yang tak tahu tulis baca ini. Menjadikan mereka celik huruf, celik akal, celik teknologi dan berbagai-bagai lagi. Tanggungjawab siapakah itu?

Sewaktu di sekolah nanti, Lihat dan renunglah mata murid-murid kita dalam-dalam. Terjemahkanlah harapan dalam hati mereka. Curahkanlah seikhlas-ikhlasnya keringat kita buat mereka. Semoga kerja buat dan usaha murni kita ini mendapat keredhaaNya... Amin.